Assalamualaikum :) Yeah, hari ni hari keempat berpuasa. Alhamdulillah. Tak sangka kan? Cepat je masa berlalu. TRIAL PMR pun dah semakin menghampiri -.- Tak lama lagi raya kan? Then PMR pulak --' MasyaAllah, cepatnya lah masa berlalu. Hm, semakin hari umur kita semakin meningkat. Semakin banyak dosa yang kita lakukan. Kita tak sedar yang kita ni umat akhir zaman.
Ya Allah, takut kan kalau dengar cerita pasal kiamat? Ugh, kita tak tahu sampai bila kita hidup di muka bumi ni :'/ Kay, sempena bulan yang mulia ni, aku ada gak ah pasang niat nak berubah. Yeah, nak tebus semua dosa aku walaupun dosa aku sebelum ni banyak -,- yeah. Tapi nampak macam kengkawan aku semua tak sokong niat aku :(
Semua macam, ' ye ke pika nak pakai tudung?' dey, aku memang nak try pakai tudung lah. Ikhlas dari hati aku. Bukan ada sebab lain *tetttt* Aku tengok semua orang macam tak risau pasal trial. Aku nampak je cool, padahal dalam hati, tengah menari-nari -,-
Tadi aku tengok PMR lagi 61 hari lagi :( Sekejap je 60 hari tu. Pejam celik pejam celik, dah sampai masanyaaa :( Ugh, sumpah belum ready. Tapi yeah, masa tak tunggu kita. Sendiri fikir. Sekarang patutnya masa untuk tinggalkan semua cakap-cakap kosong, fesbuk, handphone, dan yang seumpama dengannya.
Kesedaran diri belum ada lagi. Aku tengok budak class aku semua macam, 'ala, nak takut apa? pmr je' Hmm, entah lah, apa nak jadik kan? Aku pun sampai dah terikut-ikut. Memang aku malas nak belajar. Then tengok dorang semua tak belajar, aku pun join sekaki -.-
Ugh, rasa macam diri ni teruk sangat. Masa dah tak banyak. Berapa hari je lagi nak trial. Kena focus kat depan, cikgu mengajar. Bukan kat luar tingkap, usha pakwe je -.-